Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi Ke-5
5 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04 Oktober 2025, seorang pelajar sekolah menengah telah menyertai Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi Ke-5 di NADI Sungai Bandung. Webinar ini merupakan program khas di bawah inisiatif DILEA: Tuisyen Rakyat yang bertujuan membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.
Sesi ini memfokuskan kepada kemahiran membaca dan pemahaman teks. Penceramah berkongsi pelbagai kaedah berkesan untuk menguasai kemahiran membaca seperti mengenal pasti idea utama, memahami konteks ayat dan menjawab soalan berdasarkan petikan dengan tepat. Pelajar turut diberi pendedahan tentang cara memperkaya kosa kata melalui aktiviti bacaan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: